Hikayat Banjar
Hikayat Banjar, oleh Jobannes Jacobus las, Penerjemah Siti Hawa Salleh, tahun 1990
“CERITERA Lambu Mangkurat dan Turunan Raja-raja Banjar ~dan Kota
Waringin” mewakili tradisi pensejarahan berkenaan kerajaan Melayu yang wujud di
Kalimantan Tenggara sehingga 1860.
Sejak awal abad ke-19 ke atas,
cerita mi amat menarik perhatian sarjana-sarjana Eropah. Dalam tahun 1815, atau
mungkin Iebih awal sedikit, Sir Stamford Raffles meminta Sultan Pontianak
mencuba mendapatkan satu salman teks mi untuknya. Melalui inisiatifini terhasillah
manuskrip tertua yang terdapat di Eropah, iaitu salman yang sekarang tersimpan
di Muzium British di London.2 Sultan Pontianak telah mendapatkan teks tersebut
dan Kota Waningin3 di mana teks itu ternyata telah disalin danipada manusknip
baginda sendiri. Raffles tidak pennah menenima manusknip tersebut. Apabila
penyalinan itu selesai, manusknip itu dihantar kepada John Crawfurd, yang
ketika itu menjadi residen Inggeris di Jogjakarta, kerana Raffles telah pun
pulang ke Eropah. Crawfurd telah menyimpan manusknip itu untuk dininya
sendiri,4 tetapi tidak pernah menunjukkan bahawa beliau telah menggunakan
manuskrip tersebut secara meluas. Hanya di dalam bukunya Dictionary ofthe
Indian Islands (Kamus Kepulauan India)5 ada beliau mengemukakan beberapa maklumat
yang mungkin beliau pinjam dan Hikayat Banjar. Pada tahun 1845 beliau telah
menjual manuskrip tersebut bersama dengan beberapa manuskrip lain, kepada
Muzium British.
Download di sini
Post a Comment for "Hikayat Banjar"